NADI Rantau Panjang – Senak Sihat MADANI Merdeka 2026 29.08.2026
30 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 29 August 2026, Sabtu , Program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 telah dihadiri 85 Orang peserta.Dijalankan oleh pihak NADI Mahir.Bertempat di Dewan JKKK Rh Franky dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
🎯 Objektif Program
1. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal dalam kalangan peserta melalui aktiviti senaman yang menyeronokkan dan berterusan.
2. Memupuk amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental.
3. Menggalakkan penglibatan masyarakat secara aktif dalam aktiviti riadah dan kecergasan tanpa mengira usia dan latar belakang.
4. Mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan melalui aktiviti senaman yang dilaksanakan secara bersama dalam suasana harmoni.
5. Menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Bulan Kemerdekaan 2026.
6. Menerapkan nilai-nilai MADANI seperti kebersamaan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan kerjasama dalam kalangan peserta.
7. Mewujudkan komuniti yang aktif, sihat dan sejahtera selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Aktiviti yang ada dijalankan:
1.Mendaftar peserta
2.Senamrobik selama 30 minit
3.Sesi Bergambar beramai-ramai
4.Jamuan sarapan pagi.
5.Saringan Kesihatan
Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta menjadi platform untuk membentuk komuniti yang sihat, aktif, bersatu padu dan menghayati nilai-nilai Malaysia MADANI, selaras dengan semangat kemerdekaan dan kecintaan terhadap negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: